Pengenalan

of 49

Please download to get full document.

View again

All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
PDF
49 pages
0 downs
8 views
Share
Description
1. 1 1.0 PENDAHULUAN Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari…
Transcript
  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada pengisian kurikulum, sistem bahasa dan kemahiran bernilai tambah. Semua elemen ini diajar supaya dapat memberi keyakinan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid – murid. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah renddah juga digubal dengan memberikan penekanan kepada hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menggabungkan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa dan disokong oleh pengisian kurikulum. Selaras dengan ini, Rancangan Pengajaran Harian juga pentiing agar Hasil Pembelajaran dapat tercapai. Diharap matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi, melengkapkan keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian dapat dicapai dan seterusnya melengkapkan diri murid – murid dengan ilmu Bahasa Melayu yang lengkap.
  • 2. 2 ANALISIS UNSUR-UNSUR 2.1 Hasil Pembelajaran HASIL PEMBELAJARAN Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Kurikulum. Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid. Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran. Dapat dicapai dengan menggjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
  • 3. 3 Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Definisi hasil pembelajaran ialah jangkaan apa yang pelajar tahu dan boleh dibuat setelah mereka habis mengikuti sesuatu masa pengajaran yang dilakukan oleh seseorang guru. Semua guru perlu benar-benar tahu apakah hasil pembelajaran yang ingin disampaikan kepada setiap murid mereka. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu hasil pembelajaran ini sangat penting kerana subjek Bahasa Melayu adalah subjek yang merentasi kurikulum.(Rahimah Sabran, Rahim Syam, 1985 ) Hal ini disebabkan melalui subjek Bahasa Melayu murid akan dapat memperolehi kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Selain daripada itu, antara sebab lain pentingnya untuk menentukan hasil pembelajaran adalah kerana penentuannya dapat menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar dan membantu seorang guru memberi tumpuan dalam penguasaan hasil. Tujuan utama apabila menentukan hasil pembelajaran akan membolehkan seorang guru merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu dan yang terakhir juga dapat menolong seorang guru dalam membina ujian formatif dan sumatif. Ditambah pula dengan trend pendidikan di Negara maju sekarang yang mementingkan ke arah penguasaan hasil pembelajaran sehingga membawa kepada pendidikan yang lebih berorentasikan peperiksaan semata-mata. Sebagai contoh Hasil Pembelajaran yang ingin disampaikan oleh seorang guru ialah memastikan muridnya dapat MENGENAL PASTI kata nama dan kata kerja. Apabila pelajar
  • 4. 4 dapat mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat yang diberikan itu bermakna hasil pembelajaran itu telah dicapai. Dalam Hasil Pembelajaran merangkumi fokus utama dan fokus sampingan.
  • 5. 5 Kemahiran Bahasa Kemahiran Mendengar Kemahiran Betutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis
  • 6. 6 2.2 KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa adalah aspek terpenting yang perlu dikuasai oleh seseorang murid untuk menguasai subjek Bahasa Melayu. Kemahiran Bahasa terbahagi kepada empat bahagian iaitu meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Dalam kamus Dewan Edisi Ketiga kemahiran berasal daripada kata akar mahir yang memberi maksud kecekapan dan kepandaian. Bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa juga bermaksud percakapan yang baik atau tingkah laku yang bersopan santun. Oleh itu, daripada sudut istilahnya, Kemahiran Bahasa boleh dikatakan sebagai kebolehan seseorang manusia dalam menyampaikan sesuatu kepada manusia yang lain. Selain daripada itu, pelbagai taksiran telah dibuat untuk cuba mentakrifkan bahasa. Contoh takrifan yang telah dibuat adalah dengan mengatakan bahasa ialah satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan ataupun satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain, satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka, satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud, satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik dan pendapat akhir sekali adalah mengatakan bahasa itu adalah satu pemikiran Walaupun begitu Kemahiran Bahasa yang ingin dijelaskan di sini ialah kebolehan seorang pelajar untuk menggabungkan empat bahagian kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek bahasa Melayu khasnya dan subjek-subjek yang lain amnya seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 2.2.1 KEMAHIRAN MENDENGAR Kamus Dewan Edisi Ketiga mengtakrifkan mendengar sebagai menangkap bunyi atau suara dengan telinga. Selain itu mendengar boleh juga dikatakan memberikan perhatian kepada kata-kata manusia. Oleh itu, Kemahiran Mendengar adalah merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Jenis kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara ekstensif
  • 7. 7 Mendengar secara intensif dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai - bagai cara. Antaranya ialah mendengar arahan, menjawab soalan kefahaman, mendengar untuk mendapatkan maklumat, membuat ringkasan, menyelesaikan masalah dan latihan mendengar bahasa yang dipertuturkan. Latihan mendengar arahan ialah dengan cara murid - murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan - rakan mereka sendiri. Biasanya, murid - murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid - murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya. Seterusnya ialah dengan menjawab soalan kefahaman. Murid - murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai - bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya. Ketiga ialah mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini perhatian murid - murid ditumpukan kepada bahagian - bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat- maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh orang tertentu dalam seminggu dan sebagainya.
  • 8. 8 Cara yang seterusnya ialah membuat ringkasan iaitu dengan cara murid - murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid - murid diminta membuat catatan isi - isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis. Kemudian menyelesaikan masalah. Murid - murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang bersama - sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanya diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami maksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk - tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu boleh bertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif. Akhir sekali ialah latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Setelah murid murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci. Pada peringkat awal, murid - murid akan didedahkan kepada bahasa - bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai- bagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan - kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boleh membawa perhatian murid - murid kepada aspek - aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-murid. Mendengar Secara Ekstensif bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi. Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
  • 9. 9 Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid - murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid - murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik. Aktiviti Kemahiran Mendengar Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. Contoh-contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut : Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan. Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai. Soalan 1 : A = buku B = kuku
  • 10. 10 C = duku Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah : I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. II. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama. III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab. Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis.
  • 11. 11 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus menghilangkan minat pelajar untuk mendengar. Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz. Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu disediakan. Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah- sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan
  • 12. 12 mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang bertindak sebagai pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar. Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mendengar pelajar. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pel
  • Related Search
    We Need Your Support
    Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

    Thanks to everyone for your continued support.

    No, Thanks